TONGKAT ALI
 
KACIP FATIMAH
 
MENGKUDU
PEGAGA
MISAI KUCING
 

 

 
 

Buah Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia telah digunakan oleh penduduk Polinesia dan kepulauan Carrabien dalam mengubati pelbagai penyakit dan untuk menyihatkan badan. Di Malaysia, penggunaan mengkudu agak terbatas dan dipandang remeh. Kajian secara saintifik lebih 40 tahun telah dijalankan oleh Dr. R.M Heineike.

Buah mengkudu telah dijadikan dalam bentuk jus untuk memudahkanpenggunaannya dan juga untuk menghilangkan rasa busuk. Spesis mengkudu adalah antara spesimen yang banyak tersebar. Antara faktornya ialah sifat daya tahan biji benihnya yang berupaya terapung untuk tempoh masa yang lama. Pepohon mengkudu boleh mencapai ketinggian sehingga 35 kaki atau 10 meter tinggi dengan bebunga putih. Dengan sifatnya yang istimewa, iaitu berbunga sepanjang tahun, dapat menghasilkan buah yang silih berganti. Amalan Tradisi Semenjak dahulu lagi, khasiat mengkudu telah diketahui oleh masyarakat tempatan. Malangnya, kegunaannya terhad kepada ulam dan kerabu walaupun sesetengahnya mengambil bahagian daunnya untuk kegunaan selepas bersalin, atau lebih tepat lagi sebagai awet muda.

Kajian Saintifik

Buah mengkudu mengandungi 12 kandungan penting seperti proxironine, asid kaproid, asid kaprilik, minyak penting, B-D-glucopiranose pentaacetate-2, asperuloside tetra acetate, glucose, Asid ascorbik(vitamin C) dan damnacanthol. Beberapa jenis kandungan ini boleh bertindak sebagai anti-bakteri melawan Escherichia coli, Salmonrlla typhi, Shigella paradysenteriac dan Staphylococcuss aureus. Buah mengkudu boleh memulihkan sistem penghadaman dan ini dapat membantu dalam memulihkan penyakit "hemorrhoidsm", hidung tersumbat dan "cerebral hemorrhage". Ia dapat juga membantu untuk meredakan "embolishsm" dan membantu untuk melancarkan aliran darah yang mugkin disebabkan ketulan-ketulan darah(ketulan darah ini terdapat dalam saluran darah dan mengurangkan perjalanan darah). Mengkudu juga bertindak sebagai" anti-oxidant" yang sangat baik. Kandungan yang paling penting dalam buah mengkudu adalah proxeronine. Proxeronine ini akan membentuk Xeronine apabila dimakan dan Xeronine ini boleh membaiki sel-sel yang rosak dan mengaktifkan sel-sel yang lemah. Salah satu unsur penting dalam mengudu ialah Damnacanthol yang boleh bertindak sebagai anti-virus dan anti-tumor yang boleh bertindak keatas beberapa jenis barah paru-paru. Beberapa kajian klinikal menunujukan mengkudu dapat menolong masalah penyakit buah pinggang yang teruk. Ia juga menunjukkan sifat "anti-inflammatory" yang boleh membantu dalam merawat "arthritis". Dalam percubaan keatas tikus, berat badan, kesuburan sel darah putih dan kekuatan berenang bertambah setelah diberi jus mengkudu. Secara umunnya, buah mengkudu boleh membantu dalam penyakit dibawah. Semua penyakit-penyakit yang dicadangkan disini mungkin tidak memberi kesan yang sama:-

Tekanan Darah tinggi
Barah
Penyakit Jantung
Kencing Manis
Masalah Seksual
Lemah badan
Berat badan berlebihan(Kegemukan)
Masalah buah pinggang
Fikiran serabut
Alahan seperti alahan daripada makan udang dan ketam
Arthiritis
Masalah penghadaman
Angin Ahmar
Masalah tidur
Ketagihan merokok
Masalah Penafasan
Kurang Tenaga
Batuk
Cacing
Gout
Asma
Resdong
Gastrik
Tumor
Luka Kecil
Kelimumur
Kebengkakan
Keracunan Makanan


KEAJAIBAN BUAH MENGKUDU

Bijinya digunakan sebagai julap Tidak banyak kegunaan pokok mengkudu kepada masyarakat negara ini melainkan daun dan buahnya yang kadangkala digunakan sebagai ulam dan kerabu. Dalam beberapa ketika pula daun mengkudu dijadikan bahan ubatan traditional sebagai meniru amalan perubatan masyarakat dahulu kala. Mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Khasiat buah mengkudu boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthritis, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta urat saraf. Demikian menurut pegawai penyelidik Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd Ilham Adenan. Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat. Dikalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai the magic fruit atau buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu. Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap.Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. "Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit." Sementara itu menurut Dr. Ilham; penyelidikan yang sedang dijalankan di FRIM mendapati pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan. Batang mengkudu pula boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah sementara ekstrak daripada buah mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata. "Khasiatnya yang tersendiri tidak mustahil setanding dengan tongkat ali.." Dr. Ilham. Bagaimanapun pokok mengkudu yang boleh ditemui dengan banyak di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Misalnya di Kepulauan Carribean, mengkudu dipanggil pain killer tree (pokok penahan kesakitan) kerana kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi. Manakala di Asia Tenggara, pokok yang dipanggil nhau itu digunakan untuk mengubati sakit tekak serta penyakit mulut dan gusi. Masyarakat di Filipina pula percaya buah mengkudu bertindak membersihkan usus terutamanya menghindari perut dari parasit.

Masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengurang gangguan semasa kencing, diabetis, batuk, senggugut dan pendarahan. "Masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii" "Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar dikawasan kampung tetapi penggunaannya sebagai bahan perubatan traditional semakin dilupakan." "Hanya daunnya saja digunakan bagi merawat wanita lepas bersalin, manakala pucuknya pula dimakan sebagai ulam" kata Dr. Ilham. Walaupun mengkudu terdapat banyak disini, masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii telah mula membuat kajian mengenainya sehinggakan buah itu telah dikomersialkan sejak 1993.

Produk yang berasaskan buah mengkudu telah mula dipasarkan di Hawaii dalam bentuk tablet dan jus sebagai makanan kesihatan. Menurut Dr. Ilham lagi, mengikut pengamal perubatan traditional terutamanya di Hawaii, amalan meminum jus mengkudu amat baik untuk kesihatan. "Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun tidur terutamanya sebelum menikmati sarapan pagi" katanya. Bagaimanapun menurut Dr. Ilham, walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan kommersial, pengusaha jus mengkudu menambahkan dengan pelbagai perasa seperti strawberi atau anggur untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Di samping itu satu lagi cara menghilangkan bau adalah dengan mengeringkan jus itu sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul. Walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan, keajaiban buah mengkudu telah terserlah ketika Perang Dunia Kedua lagi. Tentera yang berada di Kepulauan Polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih. Sementara di Kepulauan Ratatonga, Samoa dan Fiji, buah mengkudu telah menjadi makanan ruji masyarakat di sana. Mereka memakannya sama ada mentah atau dibuat gulai. Manakala masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Memandangkan pokok mengkudu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tidak mustahil ia akan setanding dengan tumbuhan ubatan yang akan dikomersialkan seperti tongkat ali dan sebaginya.

Pokok Mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia. Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulam. Buahnya sekali-sekala digunakan sebagai makanan selepas bersalin. Seringkali si pemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut dipetik dan diperam di atas garam atau di dalam beras dan bila sudah masak, ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai "buah rojak" serta dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak. Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu, penduduk di kepulauan tersebut telah menggunakan buah mengkudu sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu, mereka menggelarkannya sebagai "Pain Killer", "Headache Tree" dan "Cheesefruit". Nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia dan di Hawaii dikenali sebagai Noni.

Mengkudu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui laut yang dihanyutkan dari satu pulau ke satu pulau. Kepulauan Carribean terutama Tahiti adalah satu kepulauan yang subur dengan tumbuhan mengkudu. Khasiat Buah Mengkudu diantaranya Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit Sakit puan - senggugut, gangguan haid Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda) Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita Meredakan kesakitan (analgesik) Meningkatkan tenaga tubuh badan Mengurangkan stress (tekanan) Anti-oxidant


Perhatian!
Buah mengkudu hanya membantu mengurangkan atau meredakan penyakit di atas dan bukannya menjamin menghilangkan penyakit. Ini adalah kerana tiada kajian saintifik ke atas semua penyakit tersebut yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau mana-mana badan di dunia. Perlu diingat, kesannya bergantung kepada tindak-balas badan setiap individu dan lama mana ia telah menghadapi penyakitnya. Jadi, untuk penyakit yang kronik atau sudah lama, ia mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu kesabaran adalah diperlukan dengan terus menggunakannya, insyallah

 

 
© 2004-2007 All Rights Reserved. Orang Kampung Group of Companies
For feedback and comments, please send email to :webmaster